SK Cyberjaya

spiral notebook pencils and paper clips flatlay
Photo by olia danilevich on Pexels.com

SK Cyberjaya

History (in Malay)

The school was constructed on an 11-acre piece of land in July 2000.

Sekolah Kebangsaan Cyberjaya adalah sebuah sekolah Bestari yang terletak di Bandaraya Pintar Cyberjaya, konsep sekolah bestari merupakan salah satu aplikasi utama dalam Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia. Sekolah ini merupakan sebuah institusi yang menyediakan suatu pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti, bertanggungjawab, berdisiplin serta penyayang menjadi teras ke arah budaya kerja cemerlang.

Kompleks Sekolah Cyberjaya dibina di atas tanah seluas 11 ekar dan dilaksanakan pada julai 2000. Pada awalnya konsep sekolah ini ialah ”Smart School Level A” tetapi telah ditukar kepada konsep sekolah ceria berasaskan IT kerana bajetnya telah dikurangkan kepada RM38 juta. Bangunan sekolah ii dibina oleh syarikat Setia Haruman Sdn Bhd. Majlis penyerahan sekolah ini telah diadakan pada 31 Mei 2004.

Pada 14 Jun 2004, sekolah mula beroperasi dengan 13 orang guru dan 30 orang murid. Murid-murid ini mengisi 5 buah kelas dari tahun 1 hingga tahun 5. Setiap kelas dilengkapi dengan infrastuktur termoden yang merangkumi kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan 7 buah komputer, sebuah televisyen, sebuah overhead projector (OHP) dan radio. Kelengkapan yang membanggakan ini diharapkan akan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan dengan cekap dan berkesan. Dalam mengejar kecemerlangan dalam akademik, pihak sekolah tidak mengabaikan kegiatan kokurikulum, oleh itu aktiviti badan beruniform,kelab dan persatuan juga diwajibkan bagi setiap pelajar untuk mendedahkan pelajar akan aktiviti berkumpulan.

Sekolah ini mengandungi  yang mengandungi 35 Bilik Darjah,5 Bilik Akses, Makmal komputer,Bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Sains,Bilik Muzik, Bilik Seni, Bilik Persalinan dan bilik-bilik khas lain.Padang, dewan dan surau berkongsi dengan Sekolah Menengah Cyberjaya.

Murid-murid sekolah ini datangnya daripada kawasan sekitar Cyberjaya seperti Dengkil, Desa Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Taman Putra Perdana dan Puchong

Sources

  1. SK Cyberjaya – Sekolah Kebangsaan Cyberjaya on skcyberjaya.wordpress.com

You may also like...

1 Response

  1. Renuga says:

    Hi, I am a parent to a 5 year old and I am looking at schools to register for 2024, would like to know if there are any transport available for those coming from Taman Tasik Prima Puchong, Near Puchong Perdana and the approximate fee.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.