SHAH ALAM 9 Mac – Usahawan yang terlibat dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu sentiasa kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk supaya dapat bersaing dengan barangan luar terutama dari China.
KUALA LUMPUR 9 Mac – Statistik yang dikeluarkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Reach Org menunjukkan sehingga kini jumlah golongan merempat di ibu negara ini telah mencecah sehingga 2,500 orang.
KUALA LUMPUR 9 Mac – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) secara berperingkat-peringkat di semua stesen KTM Komuter bagi meningkatkan kawalan keselamatannya.
KUALA LUMPUR 9 Mac – Setelah lebih setahun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalami transformasi, kini tiba giliran masyarakat yang perlu berbuat demikian.
MELAKA 9 Mac – Populariti Melaka antara negeri dengan lokasi bersejarah dan medan selera ikan bakarnya turut mencuri tumpuan 22 peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri dalam siri lawatan tiga hari ke sini yang berakhir hari ini.
KUALA LUMPUR 9 Mac – Lima penunggang motosikal berkuasa besar akan melakukan penjelajahan merentasi 18 buah negara dari Kuala Lumpur ke London bersempena Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) bermula 1 Julai ini.
KUALA LUMPUR 9 Mac – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mengenal pasti 990,000 hektar tanah berpotensi untuk di majukan di Sarawak melalui pemantauan dari sistem pengimejan satelit.
KANGAR 9 Mac – Hasrat seorang pemuda untuk menyertai pasukan tentera tidak kesampaian apabila dia terbunuh dalam kemalangan ngeri yang mengakibatkan keretanya terputus tiga di Lebuh Raya Changlun- Kuala Perlis, di sini awal pagi ini.
KOTA KINABALU 9 Mac – Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengakui masa menunggu giliran bagi melakukan pendakian bersama pendaki solo, Mohd. Noor Mat Amin merupakan saat yang mendebarkan.
PULAU PINANG 9 Mac – Malaysia dijangka menjadi ‘negara tua’ dalam tempoh 25 tahun akan datang apabila penduduk berusia 60 tahun ke atas mencecah 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduknya.
KUALA LUMPUR 9 Mac – Norway menyokong usaha Malaysia memastikan golongan wanitanya mendapat lebih banyak tempat di peringkat pembuat keputusan tertinggi terutama dalam kerajaan.
KUALA LUMPUR 9 Mac – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yakin golongan wanita di negara ini mampu terus menjadi kuasa utama dalam mempengaruhi perkembangan generasi masa depan menjelang 2020.
PULAU PINANG 9 Mac – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengecam cadangan kerajaan negeri yang dikatakan berura-ura untuk membina sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kaum Cina di negeri ini.
RASA agak terkilan melihat landasan monorel separuh siap berdekatan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya semalam. Kalaulah dulu projek bernilai RM400 juta ini diteruskan, sudah pasti Putrajaya tidak mengalami masalah tempat letak kereta kronik seperti sekarang.
KUALA LUMPUR 9 Mac – Para pelabur Norway digesa mengambil peluang menubuhkan ibu pejabat dan operasi serantau di negara ini berikutan kedudukannya di tengah-tengah kawasan perdagangan bebas ASEAN.
KUALA LUMPUR 9 Mac – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menggesa pihak bertanggungjawab supaya segera menyiasat dua kes perkahwinan melibatkan kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun dengan lelaki berumur 40 dan 41 tahun, di Kelantan.
BACHOK 9 Mac – Sebuah pesawat latihan akademi penerbangan swasta terhempas di kawasan sawah padi di Kampung Tualang Salak, Jelawat di sini pukul 4.40 petang tadi.
BUKIT MERTAJAM 9 Mac – Ooi Koay Chin Ching terkejut daripada tidur apabila mendapati rumah mereka di Kampung Kecil, Jalan Betek, sedang terbakar.
IPOH 9 Mac – Demi mengejar kemewahan hidup, seorang isteri, Zuraidah Samsudin, 27, sanggup meninggalkan suami dan lima anaknya di sini untuk bekerja di Kuala Lumpur sejak sebulan lalu.
PUTRAJAYA 9 Mac – Pertubuhan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) mengeluarkan Malaysia daripada senarai negara utama (Priority Watch List) yang mempunyai masalah cetak rompak serius.
KUALA LUMPUR 9 Mac – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.
KUALA LUMPUR 9 Mac – Kementerian Pelajaran disaran menjadikan buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Airmata sebagai teks utama mata pelajaran Kesusasteraan Melayu khususnya di tingkatan enam.
KUALA LUMPUR 9 Mac – Sebelum Akta Halal diwujudkan, satu gerakan drastik bagi industri pengeluaran dan pemakanan mendapatkan sijil halal perlu dijalankan.
KUALA LUMPUR 9 Mac – Penulis buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata, Datin Seri Fatini Yaacob bercadang menerbitkan filem mengenai individu itu tahun depan demi kepentingan sejarah dan pengajaran buat warga Malaysia secara keseluruhannya.