Search    

Cyberjaya Online One Malaysia News


ADVERTISEMENT
ONE MALAYSIA NEWS

From Harian Metro



Mamak pucat lesi

KUALA LUMPUR: Menggelikan hati apabila seorang pekerja restoran ‘mamak klon’ pucat lesi dan gagap sejurus diminta pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengucap dua kalimah syahadah dan membaca al-Fatihah bagi membuktikan dirinya penganut Islam tulen.

Polis tahan 2 beradik

SHAH ALAM: Polis menahan pasangan adik-beradik bagi membantu siasatan berhubung kes samun dan bunuh seorang warga emas di Bandar Baru Sungai Buaya, Hulu Selangor, dekat sini, pada 27 Februari lalu.

RM20,000 dikebas saudagar serbuk emas Afrika

KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor berputih mata apabila RM20,000 tunai miliknya lesap selepas menyerahkan kepada seorang lelaki warga Afrika yang mendakwa ‘saudagar emas’, baru-baru ini.

Kaki pelajar tersepit dalam penutup longkang

GUA MUSANG: Seorang pelajar sebuah sekolah menengah, dekat sini, menempuh detik mencemaskan selepas kaki kirinya tersepit dalam jeriji besi penutup longkang dalam kejadian di Jalan Pulai, dekat sini, petang kelmarin.

Saya tak gentar sebab filem itu tak rugi

KUALA LUMPUR: “Saya belum terima surat saman yang dihantar SDAF Pictures (M) Sdn Bhd itu tapi saya tak gentar pun kalau mereka nak saman saya sebab filem itu bukan rugi pun,” kata Ahmad Nabil Ahmad.

Lari ikut kekasih ke Lombok

KUALA LIPIS: Gara-gara panahan cinta jejaka Lombok, seorang pembantu kedai makan berusia 30 tahun dari Kuala Medang di sini, tergamak meninggalkan keluarganya dan lari mengikut lelaki terbabit pulang ke negara berkenaan.

Institusi agama tercabar

MUAR: “Penghinaan bagi umat Islam,” tegas penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz mengulas kisah seorang ibu tunggal yang menerima bantuan pihak gereja bagi membiayai yuran pengajian anaknya di sebuah universiti tempatan di ibu negara, baru-baru ini.

Belum ada kata putus

PEKAN: Walaupun hasrat bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, untuk menghadap Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkaitan penangguhan hukuman enam sebatan terhadapnya tertunai, namun bila hukuman itu akan dilaksanakan masih menjadi teka- teki.

2 anak kapal terpelanting

JOHOR BAHRU: Dua anak kapal tangki minyak MT Hercules maut selepas terpelanting beberapa meter ke udara dan jatuh ke atas dek akibat letupan ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan di atas kapal berkenaan, kira-kira tiga batu nautika ke selatan Pulau Kukup, Pontian, kelmarin.

Dakwa suspek kes bunuh Syafia Humairah

AMPANG JAYA: Lelaki yang dipercayai teman lelaki Siti Nurhanim Aziz, 25, yang juga suspek utama dalam kes kematian tragik kanak-kanak berusia tiga tahun, Syafia Humairah Sahari pada Khamis minggu lalu, akan didakwa dalam masa terdekat.

Penangan janda lentik

KUALA LUMPUR: Seorang wanita digelar ‘janda lentik’ dikesan menjadikan tubuh montok selain paras jelita dan kerjaya sebagai jurudandan sebagai topeng menjalankan kegiatan haram.

Soalan budak perangkap wanita

KUALA LUMPUR: Soalan kuiz dikemukakan seorang kanak-kanak perempuan berhubung nama penuh ibunya berjaya menyelamatkannya daripada menjadi mangsa culik yang didalangi seorang wanita misteri.

‘Inilah dugaan saya’

KUALA LUMPUR: “Apa yang berlaku itu saya anggap ujian Allah untuk membentuk saya menjadi seorang yang sabar dan lebih dekat kepada-Nya,” demikian ulasan anggota kumpulan VE yang juga komposer terkenal, Damian Mikhail Seet berhubung krisis dihadapi selepas perkahwinannya dengan seorang gadis Melayu yang masih tidak mendapat restu bapa mentua.

Pintu masuk utama guna sistem Autogate

SEPANG: Kementerian Dalam Negeri berjanji pemeriksaan di semua pintu masuk menggunakan sistem pagar automatik (Autogate) akan dipercepatkan dan mengambil masa tidak sampai satu minit.

Nelayan diikat jamin RM25,000

KLANG: Seorang nelayan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan memperdagangkan 21 warga Afghanistan di muara Sungai Changkat, Haji Dorani, Sungai Besar, dekat sini, dua minggu lalu.

Kenalan jamin anak Raja Petra RM10,000

SHAH ALAM: Anak penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin yang sebelum ini didakwa menelan bilah pisau cukur serta dipukul ketika berada dalam tahanan reman, dibebaskan dengan jaminan RM10,500.

Kartika lega dapat bertemu Tengku Mahkota Pahang

PEKAN: “Alhamdulillah, hasrat saya untuk menghadap Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi mendapatkan pandangan mengenai penangguhan hukuman sebat ke atas saya yang sudah enam bulan tertangguh diperkenankan,” kata bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, ketika dihubungi, semalam.

Kain kafan berdarah

SETIU: “Sayu hati mak cik apabila melihat sebahagian kain kafan yang membaluti jenazah anak menjadi merah kerana darah dari telinga arwah tak henti-henti mengalir sehingga dia dikebumikan kira-kira jam 11 malam, semalam (kelmarin).

Sheila Rusly gagal selesai cara baik

KUALA LUMPUR: Hasrat pelakon dan pengacara, Sheila Rusly dan bekas rakan kongsinya, Datuk Azlina Che Abdullah untuk menyelesaikan secara baik kes saman berhubung perniagaan Restoran Nasi Dagang House gagal mencapai persetujuan.

Enggan komen

KUALA LUMPUR: Pihak pentadbiran sekolah tempat kejadian pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun dikatakan dicubit ustaz hingga mengalami lebam di pipi dan tangan sebab tidak dapat membaca minggu lalu, gagal memberi sebarang komen berhubung kes itu ketika dihubungi semalam.

Seks depan kamera web

KUALA LUMPUR: “Dia pernah paksa saya lakukan persetubuhan di depan web cam (kamera web) untuk disaksikan orang lain. Saya terpaksa menurut kehendaknya jika tidak dia akan mengamuk,” kata isteri ‘Jutawan Lubnan’, ketika memberi keterangan dalam permohonan cerai fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.

Dibuang ibu, ditinggal bapa

KUALA LUMPUR: Enggan bertanggungjawab ke atas anak hasil hubungan sulit dengan perempuan simpanan, seorang lelaki tergamak meninggalkan dua cahaya matanya itu terkontang-kanting di sebuah rumah kebajikan di Taman Melur, Ampang di sini, sejak empat tahun lalu.

Jatuh tingkat 5 masih hidup

GEORGETOWN: “Anak saya bernasib baik kerana kakinya tersangkut di bumbung zink di tingkat satu,” kata bapa Nor Farah Atrina Mohd Ridzuan , 5, yang terjatuh dari tingkat lima Flet Medan Tunku, Jelutong, di sini, semalam.

Dua lelaki baling bom petrol ke pusat hiburan

KUALA LUMPUR: Tindakan liar masih menjadi tanda tanya berikutan dua lelaki bermotosikal membaling bom petrol ke sebuah pusat hiburan terkemuka di ibu kota sebelum memecut melarikan diri dari tempat kejadian.




ADVERTISEMENT
ARCHIVES

WHO'S ONLINE
  • 0 Members.
  • 8 Guests.
NEWS CALENDAR
March 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031